Assalamualaikum .....
Hai apa khabar semua ? Hari ini adalah first day blog saya di "create" kan. Harap maaf di atas segala kekurangan...masih banyak lagi yang ingin saya belajar dan belajar....Apa yang saya ada akan saya kongsikan dengan sahabat-sahabat semua....
Baiklah....nak share majlis semalam.....Annual Dinner Malam Semarak Kasih Gemilang SK Geting Tahun 2022 bertempat di Hotel Grand Renai , Kota Bharu (9 Disember 2022- Jumaat)- 7.45 malam. Di beri amanah sebagai pengacara majlis untuk malam tersebut bersama otai partner Cikgu Hanapiah bin Mahmud.
Di dalam kekalutan perubahan kedudukan setiap acara, kat mana nak selit supaya majlis berjalan lancar...alhamdulillah, dapat di atasi dengan baik dengan bantuan kawan-kawan yang komited... semua HEBAT.
Di kejutkan dengan Anugerah Khas Guru Besar....surprise.....syukur alhamdulillah...mendapat 2 anugerah dari 2 kategori iaitu Cakna e-Pelaporan dan Kehadiran Awal.
Jutaan terima kasih kepada barisan Pentadbir SK GETING di atas kepercayaan yang diberikan. In sha Allah, dengan penghargaan ini akan menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk terus melakar kejayaan....
Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat di SK Geting di atas sokongan yang telah diberikan selama ini..
Tidak lupa kepada En Suami Tersayang yang sabar dengan karenah isterimu dan buat anak-anak soleh/solehah lagi pintar umi yang sentiasa memahami keadaan dan situasi umi....
Terima kasih semua....Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa dan budi kalian...LOVE U ALL....
l